Trusted Mary Kay Beauty Consultant. (Consultant ID : 208719)

Skincare yang Melawan USIA

The Best Anti-Aging Skincare in The World 

Siapa sini takut tua cepat? Hehe. Ok KakSha nak bagitau satu skincare baru yang boleh buat korang semua MUDA lama. Muka babyface sampai umur 40. Dulu dikenali sebagai Timewise Miracle.
Timewise Miracle Best Seller skincare Mary Kay tau. Sangat hebat dalam melawan usia dan menangani masalah anti penuaan!

Tapi sekarang Mary Kay dah keluarkan set anti-penuaan TERBARU yang LEBIH HEBAT dan best!

Timewise 3D


Image result for timewise miracle 3D


Cantik tak packaging dia! Memperkenalkan The All New Timewise 3D Mary Kay!! Diperkaya dengan 3 Dimensi iaitu DEFENDS, DELAYS AND DELIVER untuk mendapatkan kulit yang lebih muda dan sihat! Jadi, apa maksud 3D ni?'

  • DEFENDS (MEMPERTAHANKAN)
MEMPERTAHANKAN dan menentang radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit dengan pelbagai manfaat antioksidan.
  • DELAYS (MELAMBATKAN)
MELAMBATKAN penampilan penuaan kulit pra-matang dengan menggunakan perlindungan spektrum-luas UVA/UVB.
  • DELIVER (MENYAMPAIKAN)
MENYAMPAIKAN pembaikan tanda-tanda penuaan kulit dengan ketara dalam 4 minggu.


Jadi, siapa je yang boleh dan patut menggunakan Timewise 3D ni?

- Mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas.
- Tidak mempunyai masalah kulit sensitif  dan berjerawat
- Mencari produk yang melambatkan kesan penuaan, garis halus dan lain-lain.
- Yang paling penting sekali, adalah mereka yang rajin dan konsisten.

Kenapa kena rajin dan konsisten? Beli la produk mahal atau murah masa sekalipun, tapi kalau korang tak konsisten, TIADA GUNANYA ya. Rugi je duit tu.

Ok, jadi 1 set Timewise 3D termasuk

- 1x cleanser Timewise (didatangkan dengan 2 formula : Normal to Dry & Combination to Oily Skin)
- Day Cream SPF30 (didatangkan dengan 2 formula : Normal to Dry & Combination to Oily Skin)
- Day Cream Non SPF (didatangkan dengan 2 formula : Normal to Dry & Combination to Oily Skin)
- Night Cream (didatangkan dengan 2 formula : Normal to Dry & Combination to Oily Skin)
- Minimize Eye Cream

Boleh ke beli berasingan?

Jawapannya, BOLEH. Tetapi tidak digalakkan. Ini kerana setiap satu produk telah dicipta menggunakan rumusan dan formula yang saling  memberikan manfaat dan menyeimbangkan keadaan kulit apabila dipakai.

Tak salah, nak cuba satu-satu. Tetapi pastikan produk tersebut saling melengkapi dan sesuai dengan keadaan kulit masing-masing.

Setiap set skincare ada dijual set basic ye. Tanya je KakSha jika berminat.

Love, Kaksha.
Your Mary Kay Beauty Consultant

Tips Menghilangkan Mata Lebam dan Bengkak Bawah Mata.

Mengalami masalah Mata Panda? Ini yang kita boleh lakukan untuk menghilangkan masalah tersebut!

Image result for dark circle under eyes


Sebelum itu, tahukah kita bahawa kawasan mata merupakan kawasan PERTAMA timbulnya kedutan dan garis halus? Ini kerana kulit di bahagian mata kita adalah sangat HALUS dan sensitif. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita memastikan kulit di bahagian mata TIDAK diletakkan dengan apa-apa skincare yang bukan dikhususkan untuk bahagian mata kita.

Nak hilangkan mata panda / lebam dan gelap bawah mata adalah sesuatu yang agak sukar. Ini kerana , masalah mata adalah selalunya berkait dengan pemakanan dan lifestyle kita. 

Jadi apa yang boleh dilakukan untuk memastikan kulit di bahagian mata kita kekal tegang, anjal dan bermaya? 
  1. Check tyroid. 
  • Mata lebam boleh disebabkan oleh fungsi tyroid yang terganggu. Selain daripada itu, mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti buah pinggang dan hati juga boleh menyebabkan masalah mata lebam.
     2. Kurangkan menguap dan dapatkan tidur yang cukup. 
  • Penat dan selalu menguap akan menyebabkan bawah mata kita menjadi berair dan bengkak. Lebihan air di kawasan mata akan menyebabkan kulit menjadi sembap dan hilang keanjalan. Jadi, kurangkan menguap dengan mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi. 
     3. Kawal punca allergi korang.
  • Allergi merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan tisu di bahagian mata terkoyak dan menjadi kendur. Dengan mengawal makanan yang boleh menyebabkan allergi kepada diri kita boleh mengurangkan peluang untuk mendapat lebam di kawasan mata. 
     4. Berhenti merokok. 
  • Merokok merupakan raja segala penyakit. Merokok akan melemahkan fungsi kolagen dan fiber di dalam kulit kita. Menurut kajian, orang yang merokok akan senang mendapat kulit berkedut 5 kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang tidak merokok. 
     5. Elakkan makanan bergaram pada waktu malam. 
  • Makanan yang bergaram mempengaruhi kesegaran mata anda keesokan harinya. Jadi, elakkan makan makanan yang masin pada waktu malam , ya!

Jadi, selain daripada mengawal dari segi pemakanan dan persekitaran, apa lagi yang kita boleh lakukan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran mata kita?

  •  Basuh makeup di bahagian mata dengan betul sebelum tidur! Betul = bersih. Pastikan kawasan dan makeup mata dibersihkan setiap hari sebelum tidur. Jangan ambil risiko tidur dengan makeup di bahagian mata ye. Ini akan membuatkan kulit di sekitar mata tidak dapat bernafas dengan betul, dan boleh mengakibatkan mata menjadi stress, penat dan tidak bermaya. 

  • Pakai makeup remover yang dikhususkan untuk bahagian mata. Ini adalah sangat2 penting! Elakkan memakai baby oil, dan apa2 yang tidak ditulis utk bahagian mata. Ini kerana kulit di sekitar mata kita adalah sangat-sangat sensitif! Memakai produk yang tidak dikhususkan untuk bahagian mata boleh menjadikan mata kelihatan kusam dan sembap!

Image result for eye makeup removerImage result for eye makeup removerImage result for eye makeup remover

  • Rajin pakai krim untuk mata. Krim untuk mata ada pelbagai. Ada yang utk anti-stress, ada yang untuk melegakan mata, menyejukkan, menghilangkan garis dan kedutan, dan sebagainya. Tau atau tidak , pemakaian krim yang konsisten akan menjadikan bahagian mata kita kelihatan segar, cantik dan awet muda selamanya!

Image result for eye cream famous Image result for eye cream famousImage result for mary kay eye cream

  • Melakukan senaman mata. Senaman mata boleh dilakukan seperti di bawah :

Image result for senaman mata


Itu sahaja tips daripada Famoura. Untuk lebih info, boleh layari Facebook Famoura!

Love, Famoura. 
Your Mary Kay Beauty Consultant