Trusted Mary Kay Beauty Consultant. (Consultant ID : 208719)

Tips Menghilangkan Mata Lebam dan Bengkak Bawah Mata.

Mengalami masalah Mata Panda? Ini yang kita boleh lakukan untuk menghilangkan masalah tersebut!

Image result for dark circle under eyes


Sebelum itu, tahukah kita bahawa kawasan mata merupakan kawasan PERTAMA timbulnya kedutan dan garis halus? Ini kerana kulit di bahagian mata kita adalah sangat HALUS dan sensitif. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita memastikan kulit di bahagian mata TIDAK diletakkan dengan apa-apa skincare yang bukan dikhususkan untuk bahagian mata kita.

Nak hilangkan mata panda / lebam dan gelap bawah mata adalah sesuatu yang agak sukar. Ini kerana , masalah mata adalah selalunya berkait dengan pemakanan dan lifestyle kita. 

Jadi apa yang boleh dilakukan untuk memastikan kulit di bahagian mata kita kekal tegang, anjal dan bermaya? 
  1. Check tyroid. 
  • Mata lebam boleh disebabkan oleh fungsi tyroid yang terganggu. Selain daripada itu, mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti buah pinggang dan hati juga boleh menyebabkan masalah mata lebam.
     2. Kurangkan menguap dan dapatkan tidur yang cukup. 
  • Penat dan selalu menguap akan menyebabkan bawah mata kita menjadi berair dan bengkak. Lebihan air di kawasan mata akan menyebabkan kulit menjadi sembap dan hilang keanjalan. Jadi, kurangkan menguap dengan mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi. 
     3. Kawal punca allergi korang.
  • Allergi merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan tisu di bahagian mata terkoyak dan menjadi kendur. Dengan mengawal makanan yang boleh menyebabkan allergi kepada diri kita boleh mengurangkan peluang untuk mendapat lebam di kawasan mata. 
     4. Berhenti merokok. 
  • Merokok merupakan raja segala penyakit. Merokok akan melemahkan fungsi kolagen dan fiber di dalam kulit kita. Menurut kajian, orang yang merokok akan senang mendapat kulit berkedut 5 kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang tidak merokok. 
     5. Elakkan makanan bergaram pada waktu malam. 
  • Makanan yang bergaram mempengaruhi kesegaran mata anda keesokan harinya. Jadi, elakkan makan makanan yang masin pada waktu malam , ya!

Jadi, selain daripada mengawal dari segi pemakanan dan persekitaran, apa lagi yang kita boleh lakukan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran mata kita?

  •  Basuh makeup di bahagian mata dengan betul sebelum tidur! Betul = bersih. Pastikan kawasan dan makeup mata dibersihkan setiap hari sebelum tidur. Jangan ambil risiko tidur dengan makeup di bahagian mata ye. Ini akan membuatkan kulit di sekitar mata tidak dapat bernafas dengan betul, dan boleh mengakibatkan mata menjadi stress, penat dan tidak bermaya. 

  • Pakai makeup remover yang dikhususkan untuk bahagian mata. Ini adalah sangat2 penting! Elakkan memakai baby oil, dan apa2 yang tidak ditulis utk bahagian mata. Ini kerana kulit di sekitar mata kita adalah sangat-sangat sensitif! Memakai produk yang tidak dikhususkan untuk bahagian mata boleh menjadikan mata kelihatan kusam dan sembap!

Image result for eye makeup removerImage result for eye makeup removerImage result for eye makeup remover

  • Rajin pakai krim untuk mata. Krim untuk mata ada pelbagai. Ada yang utk anti-stress, ada yang untuk melegakan mata, menyejukkan, menghilangkan garis dan kedutan, dan sebagainya. Tau atau tidak , pemakaian krim yang konsisten akan menjadikan bahagian mata kita kelihatan segar, cantik dan awet muda selamanya!

Image result for eye cream famous Image result for eye cream famousImage result for mary kay eye cream

  • Melakukan senaman mata. Senaman mata boleh dilakukan seperti di bawah :

Image result for senaman mata


Itu sahaja tips daripada Famoura. Untuk lebih info, boleh layari Facebook Famoura!

Love, Famoura. 
Your Mary Kay Beauty Consultant
















No comments:

Post a Comment